Wednesday 12 December 2012

Annabell dimana??

Dari feedback yg kami dapat...masih ramai yg tertanya2 Annabell ni kat mana sebenarnya? Ada yang dah datang area pasaraya YAWATA tu dah, tapi still tak nampak / jumpa gak kedai kami...ok so entry kali ni kami upload gambar kedai kami dan apa kedai yg terletak bersebelahan dengan ANNABELL WEDDING COUTURE tu...so harap ni membantu awak, awak ye awak2 semua di luar sana untuk datang tempat kami ya ;)


harap gambar ni dapat menjawab persoalan awak awak  ye awak2 semua ya ...ok daaa kita jumpa lagi next entry ya ...salam manis untuk semua :)

Friday 2 November 2012

Gaun Putih Cantik!!

Hi semua...lupa nak update kt sini...oleh sebab ramai customer yg datang Annabell dan tanya pasal gaun kembang dan meleret2...ala2 princess cinderella gitu...selalu orang pakai untuk sesi potong cake...klau majlis sanding pun sekarang pengantin banyak pakai yg macam tu...so ala2 english style la...

Setelah sabar menunggu akhirnya gaun yang kami datangkan khas dari kedai pengantin di China telah sampai...bila tengok gaun ni, mmg tak sesia la mengorder nya dari jauh2...:)

Anyway untuk pengetahuan semua, serius gaun tu cantik sangat...kalau majlis sanding yg ada sword barrel mmg sesuai pakai gaun yg camtu...ataupun kalau yg pakai pakai seragam time sanding ni mmg sesuai untuk pengantin perempuan.

Bila ditype camtu bukan bermaksud klau majlis xde sword barrel x sesuai pakai gaun camtu...sebenarnya untuk semua majlis sanding sesuai pakai camtu...sebab color putih memang sentiasa menawan dan pastinya tak ditelan zaman...buktinya dari zaman dulu sampai sekarang colour putih sentiasa jadi pilihan sesetengah pengantin :)

So sila cuci mata dengan gambar dibawah ni ya...baju ni nampak cam sexy sket sebab xde tangan, tp kalau muslimah nak pakai pun xde masalah, boleh pakai inner kat dalam...:)



Sunday 21 October 2012

Jambangan Bunga Stokin untuk ditempah



Jambangan bunga merupakan suatu hadiah yg begitu istimewa untuk yg tersayang, kawan-kawan juga keluarga...ketika menyambut hari2 tertentu.....sempena Majlis Konvokesyen UUM baru-baru ni...Annabell telah mendapat tempahan untuk membuat jambangan bunga stokin. 

Kami telah diberikan colour tema yg dikehendaki...dan ini hasilnya....:)


bagi menambah indahnya jambangan tersebut...beberapa Encik Teddy comel telah diletakkan disitu....menarik bukan?

Dan paling utama bunga jenis ini tahan lama tau...boleh buat tatapan :)

JADI JIKA ANDA JUGA MEMPUNYAI ORANG2 TERTENTU UNTUK DIRAIKAN PADA HARI2 BAHAGIA....HUBUNGI KAMI, NYATAKAN COLOUR TEMA YG DIMAHUKAN...PASTINYA KEPUASAN ANDA KAMI UTAMAKAN :)




Monday 24 September 2012

Signboard :)

Hi semua...ni update yg sedikit tertunda... 

Jika masih ada yg tertanya2...dimana letaknya Annabell Wedding Couture ..

Disini jawapannya & maybe gambar ni bleh bagi anda clue sedikit...


Kami berada di :

tingkat satu bagunan betul2 dibelakang Pintu Pasaraya Yawata, Jitra ,

 bawahnya butik Syureen Nice Collection

Sebelahnya Kylie Saloon...





p/s : masih keliru kami di mana? apa kata hubungi kami 

ilya : 019 425 1254
Lin : 019 592 1204

 nak sms tanya pun boleh..:)

Sunday 2 September 2012

Tuesday 17 July 2012

Pelamin English Style :)

Mencari kelainan untuk pelamin perkahwinan anda?

Anda amat meminati tema English??

Annabell menyediakan pelamin dengan tema english...

sangat sweet....

pastinya pasangan pengantin akan nampak bertambah2 berseri bila duduk bersanding di pelamin ni..

tak caya? ce anda sendiri try..hehehe 







Jadi apa tunggu lagi...hubungi kami segera

sekarang masih harga promosi tau 

cepat2 ya  ;)

Sunday 15 July 2012

Bersama kami meraikan cinta anda :)



Meraikan hari indah anda bersama Annabell Wedding Couture...harga promosi khas untuk pelanggan yang kami hargai...:)

Pakej makeup Pertunangan di kedai 
hanya RM120

Pakej makeup Perkahwinan di kedai
hanya RM150 





Friday 22 June 2012

Promosi





       Lebih kurang sebulan Ramadhan akan menjelang, bagi yang akan melansungkan perkahwinan pada bulan syawal ini dan masih tercari-cari perkhidmatan untuk pakej perkahwinan dan pertunangan seperti pelamin, andaman, baju pengantin dan lain2 lagi...Jangan risau,Annabell Bridal masih mempunyai kekosongan tempahan untuk bulan syawal ini...Jadi hubungi kami segera :)


       Harga pakej yg ditawarkan juga adalah sangat perpatutan, malah buat masa ini Annabell masih mengadakan promosi istimewa utk bakal pelanggan yg kami hormati. Jadi jangan tunggu lama2, promosi ini adalah dalam masa yang terhad :)



Izinkan kami merealisasikan impian cinta anda ....:)


Tuesday 12 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (4)


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Membeli barang kemas

  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti agar anda kel).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.

  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi jurusolek anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (3)


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
google picture 


Sunday 10 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (2)


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

  • Membeli cincin kahwin.

  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.

  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. Rawatan muka tidak digalakkan melakukan rawatan dalam 2 bulan dari tarikh majlis. 

  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budget untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


google picture 

Wednesday 6 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) 

  • Tempah jurusolek/juruandam dan pakej perkahwinan untuk majlis perkahwinan anda (ANNABELL WEDDING COUTURE)

  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
gambar google

Thursday 31 May 2012

Petua Kecantikan untuk bakal pengantin :)


harini Annabell ingin berkongsi petua kecantikkan untuk bakal pengantin dan pastinya ex-pengantin pun boleh jugak amalkannya :)...petua2 ni semua menggunakan bahan semulajadi, nak cantik tak semestinya perlukan barangan mahal ;)



Bunga Mawar

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya dan kusam, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, dan disekitar zone T ...anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.








selamat mencuba...semoga anda semua kekal cantik dihari perkahwinan anda dan hari2 seterusnya ya :)



PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN!!!



Sempena pembukaan ANNABELL WEDDING COUTURE , kami telah membuat promosi istimewa untuk pelanggan kami. 
Pakej Perkahwinan  bermula dengan RM2500

Pakej pertunangan bermula dengan RM700

Oleh kerana ingin menunjukkan peghargaan untuk pelanggan kami, 
ANNABELL WEDDING COUTURE dengan berbesar hati 
menawarkan hadiah istimewa kepada 10 pelanggan pertama
 yang membuat tempahan pakej yang ditawarkan.

Jadi ayuh tempah lah sekarang :)



Annabell Wedding Couture


Bermula dengan hobi yang sekadar mengisi masa lapang, membantu saudara mara ketika berlangsung sesuatu majlis dan minat yang mendalam untuk melihat sesuatu yang cantik.  Dua sahabat telah melihat ini sebagai asas untuk mengkormesialkan dan seterusnya peluang untuk memulakan perniagaan sendiri. Keazaman kami semakin tinggi apabila sering diberi kepercayaan dikalangan saudara mara untuk menguruskan hiasan ketika berlangsungnya sesuatu majlis, malah sering mendapat maklum balas positif untuk itu.

Bertitik tolak kepada itu pada 16 Februari 2012 ANNABELL ENTERPRISE telah ditubuhkan secara perkongsian bersama di antara Ilya Shazwina dan Azian Shazlinda. Dengan penubuhan ANNABELL ENTERPRISE ini, kami begitu komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami.