Thursday 31 May 2012

Annabell Wedding Couture


Bermula dengan hobi yang sekadar mengisi masa lapang, membantu saudara mara ketika berlangsung sesuatu majlis dan minat yang mendalam untuk melihat sesuatu yang cantik.  Dua sahabat telah melihat ini sebagai asas untuk mengkormesialkan dan seterusnya peluang untuk memulakan perniagaan sendiri. Keazaman kami semakin tinggi apabila sering diberi kepercayaan dikalangan saudara mara untuk menguruskan hiasan ketika berlangsungnya sesuatu majlis, malah sering mendapat maklum balas positif untuk itu.

Bertitik tolak kepada itu pada 16 Februari 2012 ANNABELL ENTERPRISE telah ditubuhkan secara perkongsian bersama di antara Ilya Shazwina dan Azian Shazlinda. Dengan penubuhan ANNABELL ENTERPRISE ini, kami begitu komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami. 



No comments:

Post a Comment