Showing posts with label bakal pengantin. Show all posts
Showing posts with label bakal pengantin. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Gaun Putih Cantik!!

Hi semua...lupa nak update kt sini...oleh sebab ramai customer yg datang Annabell dan tanya pasal gaun kembang dan meleret2...ala2 princess cinderella gitu...selalu orang pakai untuk sesi potong cake...klau majlis sanding pun sekarang pengantin banyak pakai yg macam tu...so ala2 english style la...

Setelah sabar menunggu akhirnya gaun yang kami datangkan khas dari kedai pengantin di China telah sampai...bila tengok gaun ni, mmg tak sesia la mengorder nya dari jauh2...:)

Anyway untuk pengetahuan semua, serius gaun tu cantik sangat...kalau majlis sanding yg ada sword barrel mmg sesuai pakai gaun yg camtu...ataupun kalau yg pakai pakai seragam time sanding ni mmg sesuai untuk pengantin perempuan.

Bila ditype camtu bukan bermaksud klau majlis xde sword barrel x sesuai pakai gaun camtu...sebenarnya untuk semua majlis sanding sesuai pakai camtu...sebab color putih memang sentiasa menawan dan pastinya tak ditelan zaman...buktinya dari zaman dulu sampai sekarang colour putih sentiasa jadi pilihan sesetengah pengantin :)

So sila cuci mata dengan gambar dibawah ni ya...baju ni nampak cam sexy sket sebab xde tangan, tp kalau muslimah nak pakai pun xde masalah, boleh pakai inner kat dalam...:)



Sunday, 2 September 2012

Tuesday, 12 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (4)


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Membeli barang kemas

  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti agar anda kel).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.

  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi jurusolek anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (3)


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
google picture