Sunday 10 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (2)


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

  • Membeli cincin kahwin.

  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.

  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. Rawatan muka tidak digalakkan melakukan rawatan dalam 2 bulan dari tarikh majlis. 

  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budget untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


google picture 

No comments:

Post a Comment