Tuesday 12 June 2012

Tips Persediaan Untuk Bakal Pengantin (4)


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Membeli barang kemas

  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti agar anda kel).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.

  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi jurusolek anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


No comments:

Post a Comment