Thursday 31 May 2012

Petua Kecantikan untuk bakal pengantin :)


harini Annabell ingin berkongsi petua kecantikkan untuk bakal pengantin dan pastinya ex-pengantin pun boleh jugak amalkannya :)...petua2 ni semua menggunakan bahan semulajadi, nak cantik tak semestinya perlukan barangan mahal ;)



Bunga Mawar

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya dan kusam, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, dan disekitar zone T ...anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.








selamat mencuba...semoga anda semua kekal cantik dihari perkahwinan anda dan hari2 seterusnya ya :)



PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN!!!



Sempena pembukaan ANNABELL WEDDING COUTURE , kami telah membuat promosi istimewa untuk pelanggan kami. 
Pakej Perkahwinan  bermula dengan RM2500

Pakej pertunangan bermula dengan RM700

Oleh kerana ingin menunjukkan peghargaan untuk pelanggan kami, 
ANNABELL WEDDING COUTURE dengan berbesar hati 
menawarkan hadiah istimewa kepada 10 pelanggan pertama
 yang membuat tempahan pakej yang ditawarkan.

Jadi ayuh tempah lah sekarang :)



Annabell Wedding Couture


Bermula dengan hobi yang sekadar mengisi masa lapang, membantu saudara mara ketika berlangsung sesuatu majlis dan minat yang mendalam untuk melihat sesuatu yang cantik.  Dua sahabat telah melihat ini sebagai asas untuk mengkormesialkan dan seterusnya peluang untuk memulakan perniagaan sendiri. Keazaman kami semakin tinggi apabila sering diberi kepercayaan dikalangan saudara mara untuk menguruskan hiasan ketika berlangsungnya sesuatu majlis, malah sering mendapat maklum balas positif untuk itu.

Bertitik tolak kepada itu pada 16 Februari 2012 ANNABELL ENTERPRISE telah ditubuhkan secara perkongsian bersama di antara Ilya Shazwina dan Azian Shazlinda. Dengan penubuhan ANNABELL ENTERPRISE ini, kami begitu komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami.